Gambar ISTAC yang dijadikan gereja diturunkan

Dua pos blog yang saya tulis sebelum ini, “Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja” dan “Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?“, telah mendapat sambutan hangat.

Pos-pos blog tersebut telah dibaca hampir 15,000 kali dalam dua hari sebelum ini dan telah mendapat liputan meluas dalam akhbar termasuk dalam Malaysiakini (Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris, dan Bahasa Cina), The Malaysian Insider (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), dan The Malay Mail Online. Isu ini juga menjadi buah mulut individu-individu di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter.

Pos blog yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad digereja telah diturunkan.

Pos blog Kedah yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad di gereja telah diturunkan.

Komen-komen kepada artikel-artikel akhbar tersebut dan perbualan-perbualan di laman sosial menunjukkan Continue reading