Gambar ISTAC yang dijadikan gereja diturunkan

Dua pos blog yang saya tulis sebelum ini, “Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja” dan “Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?“, telah mendapat sambutan hangat.

Pos-pos blog tersebut telah dibaca hampir 15,000 kali dalam dua hari sebelum ini dan telah mendapat liputan meluas dalam akhbar termasuk dalam Malaysiakini (Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris, dan Bahasa Cina), The Malaysian Insider (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), dan The Malay Mail Online. Isu ini juga menjadi buah mulut individu-individu di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter.

Pos blog yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad digereja telah diturunkan.

Pos blog Kedah yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad di gereja telah diturunkan.

Komen-komen kepada artikel-artikel akhbar tersebut dan perbualan-perbualan di laman sosial menunjukkan Continue reading

Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?

Semalam saya menulis satu pos blog yang menceritakan bagaimana satu gambar saya yang diambil di dewan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah disebarkan di beberapa blog dan forum di Indonesia. Gambar ISTAC itu dikatakan menunjukkan orang Islam di Malaysia yang murtad dan baru sahaja dibaptiskan di gereja.

Sememangnya, saya terperanjat menbaca dakwaan-dakwaan dalam blog-blog dan forum-forum itu.

Tetapi saya hairan juga – dari mana blogger-blogger Indonesia mendapatkan gambar saya itu? Dan kenapa blogger-blogger ini begitu berminat dengan kita di Malaysia?

Jadi, saya meng-google sedikit lagi hari ini. Apa yang saya dapat tahu – nampaknya gambar itu asalnya bukan disebarkan menerusi blog di Indonesia, tetapi menerusi satu blog di Kedah. Inilah screenshot daripada blog berkenaan:

 Gambar ISTAC yang dikatakan gambar gereja nampaknya asalnya disebarkan dari blog ini.

Gambar ISTAC yang dikatakan gambar gereja nampaknya asalnya disebarkan dari blog ini.

Saya menyebut nampaknya gambar itu berasal dari blog berkenaan kerana Continue reading

Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja

Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Dua tahun lepas, 29 Febuari 2012, saya bersama-sama rakan sekerja telah menghadiri satu program anjuran agensi kerajaan LPPKN untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara. Kebanyakan hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan, tetapi anggota NGO seperti saya turut hadir sekali.

Program itu diadakan bertempatan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Semalam, dua tahun selepas program itu, saya diberitahu oleh seorang rakan sekolah bahawa satu dakwaan telahpun disebarkan melalui beberapa blog dan forum di Indonesia yang mengatakan bahawa ramai orang Islam di Malaysia sudahpun murtad. Dalam pos-pos blog dan forum tersebut, dipaparkan pula gambar saya dan  Continue reading