Gambar ISTAC yang dijadikan gereja diturunkan


Dua pos blog yang saya tulis sebelum ini, “Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja” dan “Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?“, telah mendapat sambutan hangat.

Pos-pos blog tersebut telah dibaca hampir 15,000 kali dalam dua hari sebelum ini dan telah mendapat liputan meluas dalam akhbar termasuk dalam Malaysiakini (Bahasa MalaysiaBahasa Inggeris, dan Bahasa Cina), The Malaysian Insider (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris), dan The Malay Mail Online. Isu ini juga menjadi buah mulut individu-individu di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter.

Pos blog yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad digereja telah diturunkan.

Pos blog Kedah yang mendakwa gambar ISTAC menunjukkan orang Islam murtad di gereja telah diturunkan.

Komen-komen kepada artikel-artikel akhbar tersebut dan perbualan-perbualan di laman sosial menunjukkan ramai orang awam juga terkejut dan tidak puas hati dengan tindakan cybertrooper blog berkenaan yang nampaknya secara terang-terang membuat dakwaan palsu.

Pagi ini, 3 Mac, satu perkembangan yang saya alu-alukan telah dilaporkan oleh seorang pembaca blog saya. Menerusi satu komen dalam blog saya, pembaca tersebut melaporkan bahawa pos blog Kedah yang asalnya telah muat naikkan gambar saya di ISTAC sudah tidak wujud lagi. Di atas, saya melampirkan screenshot pos blog berkenaan yang menunjukkan mesej “Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist“.

Saya tidak pasti tepat-tepat bila pos blog Kedah itu diturunkan, tetapi menurut artikel The Malay Mail Online, pos itu masih belum diturunkan pada petang 1 Mac. Kesimpulannya, pos itu diturunkan antara petang 1 Mac dan pagi 3 Mac.

Jelaslah, tekanan hangat ke atas cybertrooper berkenaan menerusi liputan media dan laman sosial telah mengakibatkan pos blog yang membuat dakwaan palsu itu diturunkan. Syabas diucapkan kepada mereka yang menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka sehingga menyebabkan dakwaan palsu itu ditarik balik.

Apa yang telah dibuktikan di sini adalah orang ramai tidak mudah tertipu, mereka tidak suka ditipu, dan mereka tidak akan membiarkan sahaja penipuan seperti ini berlaku.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *