Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?

Semalam saya menulis satu pos blog yang menceritakan bagaimana satu gambar saya yang diambil di dewan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah disebarkan di beberapa blog dan forum di Indonesia. Gambar ISTAC itu dikatakan menunjukkan orang Islam di Malaysia yang murtad dan baru sahaja dibaptiskan di gereja.

Sememangnya, saya terperanjat menbaca dakwaan-dakwaan dalam blog-blog dan forum-forum itu.

Tetapi saya hairan juga – dari mana blogger-blogger Indonesia mendapatkan gambar saya itu? Dan kenapa blogger-blogger ini begitu berminat dengan kita di Malaysia?

Jadi, saya meng-google sedikit lagi hari ini. Apa yang saya dapat tahu – nampaknya gambar itu asalnya bukan disebarkan menerusi blog di Indonesia, tetapi menerusi satu blog di Kedah. Inilah screenshot daripada blog berkenaan:

 Gambar ISTAC yang dikatakan gambar gereja nampaknya asalnya disebarkan dari blog ini.

Gambar ISTAC yang dikatakan gambar gereja nampaknya asalnya disebarkan dari blog ini.

Saya menyebut nampaknya gambar itu berasal dari blog berkenaan kerana: (1) tarikh penerbitan pos blog itu (27 Mac 2012) merupakan tarikh yang terawal antara pos-pos blog yang menyebarkan gambar itu; dan (2) url blog berkenaan terpapar pada gambar itu.

Kalau boleh, saya tidak ingin memberikan publisiti percuma yang melebih-lebih kepada blog berkenaan (kelihatan seperti blog itu menerima bayaran menerusi iklan) jadi saya tidak menulis hyperlink url blog berkenaan di sini. Saya juga tidak ingin mengatakan apa-apa mengenai blog yang berkenaan itu.

Tetapi jika anda berminat, lihatlah sendiri dan nilailah sendiri. Url blog berkenaan boleh jelas dibaca dalam gambar yang saya muat naikkan di atas.

5 thoughts on “Siapa tukarkan gambar ISTAC menjadi gereja?

  1. Rusmizah says:

    Nampaknya ia telah dipadam. Bila saya cuba buka, ia memaparkan “Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.” Salau ia adalah benar, boleh saya dapatkan sesalinan post tersebut.

    Terima kasih.

    • renchung says:

      Hi Rusmizah – ya nampaknya pos blog itu telah diturunkan oleh admin blog tersebut. Baguslah dakwaan palsu itu sudah diturunkan.

      Selain daripada screenshot yang saya muat naikkan di pos ini, saya juga sudah muat turun fail-fail pos blog yang sudah diturunkan itu. Mungkin saya akan muat naikkan fail-fail itu dalam satu pos blog yang seterusnya.

  2. Ely Idris says:

    Saya sokong hasrat murni awak. Teruskan pendedahan bagi post yg tidak bermoral agar tiada yg tertipu. Keep up the good work. Honesty is the key word.

Leave a Reply

Login with your Social ID

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>