Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja


Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Kedua-dua gambar ini menunjukkan ISTAC, bukan gereja.

Dua tahun lepas, 29 Febuari 2012, saya bersama-sama rakan sekerja telah menghadiri satu program anjuran agensi kerajaan LPPKN untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara. Kebanyakan hadirin terdiri daripada kakitangan kerajaan, tetapi anggota NGO seperti saya turut hadir sekali.

Program itu diadakan bertempatan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Semalam, dua tahun selepas program itu, saya diberitahu oleh seorang rakan sekolah bahawa satu dakwaan telahpun disebarkan melalui beberapa blog dan forum di Indonesia yang mengatakan bahawa ramai orang Islam di Malaysia sudahpun murtad. Dalam pos-pos blog dan forum tersebut, dipaparkan pula gambar saya dan rakan sekerja saya, dan para peserta lain yang menghadiri program LPPKN dua tahun yang lepas.

Ada antara pos-pos itu menyatakan bahawa gambar itu sebenarnya menunjukkan orang Islam yang baru sahaja dibaptiskan di gereja! Ada juga yang menyalahkan PAS dan DAP.

Terperanjat saya membaca dakwaan dalam blog-blog tersebut – ISTAC dijadikan gereja pula!

Kasihan pegawai-pegawai kerajaan dalam gambar itu. Mereka cuma menjalankan tugas menghadiri program LPPKN, tetapi akibatnya difitnah murtad. Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP. Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).

Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun. Lagi-lagi bulan itu bulan pertama kami berdua mula bekerja. Haih…

Mungkin blogger-blogger dan golongan forum-warrior itu betul-betul keliru. Mungkin dalam pandangan mereka, dewan ISTAC betul-betul kelihatan seperti gereja. Entahlah.

Walau bagaimanapun, supaya tiada lagi kekeliruan, saya telah memaparkan satu gambar komposit dalam pos blog ini yang menunjukkan bahawa gambar yang disebarkan melalui blog-blog serta forum-forum itu sememangnya menunjukkan dewan ISTAC, dan bukannya gereja. Anda juga boleh meng-google istilah “ISTAC Malaysia” dan lihat apakah gambar-gambar yang keluar.

Nasib baik rakan sekolah saya mengcam muka saya dan menunjukkan gambar itu kepada saya. Kalau tidak, saya femes tanpa pengetahuan saya.


8 thoughts on “Gambar ISTAC dijadikan gambar gereja

      • mohd fakaruddeen says:

        salam kebahagiaan.

        terima kasih kpd saudara renchung atas maklumat yg diberi. cuma, timbul kekhuatiran di hati saya apabila memerhatikan gambar saudara..seolah2 gambar tersebut diedit. sebab, pertama nampak ketara perbezaan posisi kedudukan badan antara saudara dengan perempuan disebelah saudara. Kedua, pandangan/mata saudara berbeza dengan padangangan org disekitar saudara. ketiga, gambar saudara amat cerah/bercahaya berbanding org lain.
        mohon penjelasan.
        sekian, terima kasih.

        • renchung says:

          Hi saudara Fakaruddeen. Terima kasih atas komen saudara. Pada pandangan saya, gambar itu tidak diedit, sebab tiada sebab untuk blogger yang memuat naikkan gambar itu untuk mengedit gambar itu. Memang saya dan rakan sekerja saya (perempuan baju putih) menghadiri program itu. Apa yang “diedit” bukan gambar, tetapi konteksnya.

    • renchung says:

      Hi Saudara. Ya itu saya. Masih ada kat Facebook? Kalau boleh, tolong sharekan blog post saya ini pada pos-pos yang memfitnah tu. Blog post saya yang seterusnya menunjukkan siapa agaknya yang mulakan fitnah ini. Thank you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *